Berkongsi artikle tentang travel, tips dan motivasi.

Sunday, February 18, 2024

BUKIT KALAS KG TONTOLOB TAMBUNAN



HIKING BUKIT KALAS,TAMBUNAN SABAH

Puncak Bukit Kalas


Kepada kaki hiking dan pencinta alam rugi rasanya jika belum mendaki Bukit Kalas. Kurang pasti kenapa di beri nama bukit kalas. Namun bukit kalas juga dikenal sebagai bukit salib kerana banyak tanda salib sepanjang menuju ke puncak.

Pemandangan sepanjang pendakian sangat mengkagumkan. Cantik! Itulah yang dapat digambarkan. Kepenatan semasa mendaki seolah-olah terbayar dengan keindahan alam di sekitar bukit kalas. Pokok eucalptus yang tumbuh di sepanjang jalan pendakian dan angin sejuk memberi kesan umpama berada di New Zealand. Sukar untuk digambarkan bertapa indah pemandangan di Bukit Kalas. Anda harus mendaki dan melihat sendiri keindahan bukit kalas.

Namun, sayang masih ramai yang tidak tahu lokasi bukit kalas kerana tidak ditemui lokasi sebenar Bukit Kalas jika cari dalam carian google maps. 

Bukit Kalas terletak dalam Kampung Tontolob, Tambunan. Kampung Tontolob Tambunan ada dua iaitu kampung Tontolob liwan, dan kampung tontolob sahaja. Bukit kalas terletak dalam kampung Tontolob.
(Tekan sini untuk lokasi). Oleh kerana Bukit Kalas kurang popular orang kampung sekitar Tambunan juga tidak tahu lokasi Bukit ini. 

Kg Tontolob Tambunan di google maps


Untuk sampai ke lokasi Bukit Kalas berikut adalah signboard yang anda mesti jumpa:

Jalan Kg Tontolob

Signboard Kg Tontolob,Tambunan

Jika anda sudah jumpa signboard di atas, jalan lurus dan nanti anda akan jumpa tanda BUKIT KALAS tulisan tangan yang mungkin dibuat oleh Penduduk Kampung sendiri. Tanda ini sangat kecil dan jika dari jauh mungkin tidak nampak.


Signboard ke Bukit Kalas


Setelah jumpa signboard di atas, jalan lurus dan anda akan melalui jalan gravel. 

Bukit Kalas


Destinasi anda telah sampai!. 

Bolehlah start hiking. Kawasan sekitar bukit kalas adalah kebun getah. Perjalanan mendaki bukit kalas hanya mengambil masa 30 minit sahaja, namun bergantung dengan stamina masing-masing. Bukit kalas tidak terlalu curam dan tidak terlalu landai. Jika anda pernah mendaki Bukit Botak di Sepanggar Kota Kinabalu, gambaran seperti itu.

Selamat mendaki!pastikan anda tidak merosakkan tumbuhan di sekitar dan jaga kebersihan tempat hiking. 

Bukit Kalas




2 komentar:

  1. Terbaik, info yg sangat berguna.. minggu hadapan nk hiking di tempat ni..

    ReplyDelete

Jika ada pertanyaan kongsikan komen anda dibawah

 
Top