Berkongsi artikle tentang travel, tips dan motivasi.

Sunday, March 17, 2024

TEMPAT MENARIK DI KUNDASANG 2024

 


DAY TRIP KE KUNDASANG

Jika anda merancang percutian ke Kundasang Ranau, berikut adalah tempat yang wajib anda kunjungi:

SENARAI KANDUNGAN💻:

SOSODIKON HILL

Masuk: RM5/PAX untuk warganegara Malaysia dan percuma untuk kanak-kanak. Perlu hiking dalam 15 minit namun kelajuan untuk sampai ke atas ikut stamina masing-masing. Sosodikon Hill juga dikenal sebagai Piramid Hill. Sepanjang mendaki anda akan di sajikan pemandangan gunung Kinabalu yang sangat cantik!. 
Pemandangan dari Sosodikon Hill

DESA CATTLE

Tidak perlu dijelaskan lagi kerana hampir semua tahu tentang desa cattle. Sebut sahaja Desa Cattle pasti tahu lokasi di mana. 
New Zealand Sabah

    Yuran masuk

    RM5/PAX

    DEWASA/WARGANEGARA

    Lokasi

    Desa Cattle

     Tekan sini

    Waktu Operasi

    8AM-5PM


ALPACA CLUB

Jika anda peminat akan bebiri tempat ini wajib untuk anda lawati. Binatang comel yang mempunyai leher panjang dan seakan seperti unta. Namun, jika anda bercadang ingin kunjungi tempat ini anda perlu menunggu giliran selama 20 minit sehingga giliran anda tiba. Anda hanya dibenarkan berada dalam kandang selama 15 minit cukup untuk ambil gambar dan membelai haiwan comel ini. Satu sifat Alpaca ialah mereka sudah meludah, jadi berhati-hati dan jangan terlalu dekat. 

    Yuran masuk

    RM15/PAX

    DEWASA/WARGANEGARA

    Lokasi

    ALPACA CLUB

     Tekan sini

    Waktu Operasi

    9AM-5PM


ARNAB VILLAGE

Arnab adalah salah satu haiwan comel. Jadi jangan lepaskan peluang untuk membelai mereka!. Menarik tempat ini dikelilingi dengan pemandangan yang menarik dan pemandangn gunung kinabalu. Jadi anda boleh selfie dengan sepuasnya. Cuaca yang berangin dan sejuk menambah lagi tarikan tempat ini. 

      Yuran masuk

      RM4/PAX

      DEWASA/WARGANEGARA

      Lokasi

      ARNAB VILLAGE

       Tekan sini

      Waktu Operasi

      8AM-5PM


STRAWBERRY FARM

Makan buah strawberry sambil menikmati angin sejuk kundasang menjadikan percutian anda bertambah seronok. Jika musim buah anda berpeluang memilih buah dan petik sendiri. Lebih fresh dan nikmat bukan!. Namun, jika bukan musim buah anda juga oleh menikmati buah strawberry yang sudah di petik di vendor, selain itu terdapat pelbagai cara untuk anda nikmati buah strawberry samada coklat strawberry, kek berperisa strawberry atau aiskrim strawberry. Ikut cita rasa anda!. Semua anda boleh rasai hanya di Strawberry farm.
Straberry farm

    Yuran masuk

    RM3/PAX

    DEWASA/WARGANEGARA

    Lokasi

    STRAWBERRY FARM

     Tekan sini

    Waktu Operasi

    8AM-5PM


MESILOU 3SIXTY

Selain sosodikon Hill, mesilou 360 juga memberikan kepuasan pemandangan kepada pencinta hiking. 15-30 minit pendakian namun juga bergantung dengan stamina masing-masing. Sepanjang mendaki anda akan rasa angin sejuk dari semua arah. Nyaman!. Sampai di atas anda boleh bermain buaian sambil menikmati pemandangan dari 3sixty namun, lain-lain pakej ye!. 
Pemandangan dari Mesilou 3sixty

Cantiknya pemandangan!

    Yuran masuk

    RM5/PAX

    DEWASA/WARGANEGARA

    Lokasi

    MESILOU 3SIXTY

     Tekan sini

    Waktu Operasi

    Full hours


GOLF CLUB

Jika anda sudah penat berjalan dan berseronok, anda boleh menikmati makan di Golf Club. Sambil makan sambil melihat pemandangan flora yang cantik. Tambahkan gallery anda dengan berswafoto berlatar belakangkan padang golf dan hutan flora. 

Selamat menikmati percutian anda!.😉

0 komentar:

Post a Comment

Jika ada pertanyaan kongsikan komen anda dibawah

 
Top