Saya percaya ramai yang masih tak tahu Sabah di mana, luar negara ke? Dalam negara Filipina ke..nak tergelak bila dengar ramai kawan kita di semenanjung yang masih tak tahu Sabah adalah termasuk dalam Negeri di MALAYSIA.
Bila sebut Sabah, mesti ada yang geleng kepala, ada yang bertanya Sabah dekat negara mana, masuk sana pakai mata wang apa, europe ke? Ada pula yang masih berfikiran primitif, kata Sabah masih menggunakan pengangkutan sampan, penduduknya masih tinggal atas pokok. Nak tergelak kita mendengar. Saya berfikir, bukan kah semua rakyat Malaysia belajar buku sejarah dan geografi selebus yang sama, ke ada perbezaan buku sejarah dan geografi negeri di semenanjung dengan Borneo. Alahaii, ramai sangat orang semenanjung masih tidak tahu Sabah termasuk dalam Malaysia. Ke masa cikgu mengajar sejarah dulu semua ramai-ramai ponteng.
Haa panjang lebar akak membebel tau, rasa nak marah je masih ada yang tak tahu Sabah dekat mana. Panjang entri kita kalau nak cerita tentang sejarah. Satu hal nak kena korek lagi buku sejarah..alahaiii, penat kita nak terangkan.
Sebagai seorang anak jati Sabah yang dilahirkan di kepulauan Borneo, membesar di pedalaman Sabah yang terletak di Ranau. Adalah sangat rugi jika saya tidak memperkenalkan keindahan negeri kelahiran saya. Masih ramai yang tidak tahu tempat menarik di Sabah. JIKA sebut sahaja Sabah, pasti dalam fikiran semua adalah gunung kinabalu. Betul, gunung kinabalu adalah mercu kebanggaan penduduk Sabah itu sendiri. Namun di sini saya tidak mahu bercerita tentang sejarah Sabah atau sejarah gunung kinabalu, tetapi saya ingin berkongsi tempat menarik di Sabah yang memang tidak akan rugi untuk di lawati.
Antara tempat menarik di Ranau untuk di lawati:
- Kundasang
Saya percaya ramai yang sudah familiar dengan nama Kundasang. Kundasang terletak dalam daerah Ranau. Jika dari Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa perjalanan dalam 2 jam 30 minit. Namun, masa perjalanan boleh lama disebabkan oleh traffic jem. Pilihan pengangkutan hanya melalui darat, jadi mahu tak mahu kena la hadap jem jika nak bercuti ke Kundasang. Oleh itu, kena la pandai merancang cuti, supaya perjalanan cuti itu berjalan lancar, tidak kelang kabut dan anda boleh menikmati cuti dengan seronok.
- Sabah Tea
12 km dari Kundasang dan 8 km dari Pekan Ranau. Masuk kesini adalah percuma, namun jika ingin menikmati kemudahan yang ada dalam Sabah Tea perlu membayar ikut caj yang dikenakan oleh owner. Waktu operasi setiap hari, jam 8 pagi sehingga 5 petang.
- Poring Hotspring
Terletak 10 km dari Pekan Ranau. Terdapat perubahan bayaran masuk ke Hotspring jika dahulu bayaran masuk adalah rm 3/ orang untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Namun, sekarang pada tahun 2023 bayaran masuk untuk dewasa warganegara adalah RM 10/ORANG DAN PERCUMA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 12 TAHUN. Bayaran parking juga dikenakan rm 5.
Taman rama-rama~RM 5/ORANG
Kanopi Walk~RM 5/ORANG
Gelungsur~RM 3/ORANG
- Lohanti
Dekat dengan Sabah Tea. Apa yang menarik disini adalah kamu akan disajikan dengan pemandangan ikan. Paling menarik adalah ikan-ikan ini tidak di pelihara dalam kolam, tetapi dalam sungai yang di tagal. Jika kamu masukan kaki ke dalam sungai, ikan-ikan mengerumuni kaki kamu. Menurut kepercayaan penduduk sekitar, tujuan ikan ini mengerumuni kaki adalah untuk memakan kulit mati pada kaki.
TEMPAT MENARIK YANG BEST DI KUNDASANG;
- DESA CATTLE;
2. ARNAB VILLAGE;
Jika kamu seorang pencinta haiwan, maka kebun arnab juga wajib kamu lawati. Masuk ke sini rm 2 untuk dewasa. Pembelian tiket melalui kaunter. Tidak perlu tempah online. Masa melawat jam 8 pagi hingga 4 petang sahaja.
3. MEMORIAL WAR;
Jika kamu minat akan sejarah maka tempat ini sesuai untuk kamu kunjungi. Memorial ini di bina untuk mengingati perang dunia ke-2 di samping mengenang korban-korban askar British yang terkorban. Tiket masuk rm 4 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak. Waktu operasi jam 8 pagi hingga jam 4 petang. Tempat ini terletak dalam pekan Kundasang.
0 komentar:
Post a Comment
Jika ada pertanyaan kongsikan komen anda dibawah