Sedikit latar belakang Tenom, Tenom terletak di selatan Kota Kinabalu, Sabah. Tenom mempunyai keluasan 2,238 km persegi. Tenom bersempadan dengan daerah Keningau, Sipitang, dan Beaufort. Majoriti orang Tenom adalah Murut dan sebilangan orang Kadazandusun serta Lundayeh. Pada mulanya, nama Daerah Tenom adalah Port Birch iaitu sempena nama Gabenor E.W Birch (1901-1904) (sumber dari wikipedia). Kemudian, bertukar kepada nama Tenom pada tahun 1904 setelah siapnya pembinaan jalan kereta api dari Beaufort ke Tenom dan Melalap.
![]() |
SUMBER: Delaney Deffany (google) |
💻SENARAI KANDUNGAN:
Jika anda ingin datang ke Tenom, berikut senarai tempat menarik di sekitar daerah Tenom:
Kereta api Tenom
Merupakan salah satu tarikan pelancongan di Tenom. Anda juga boleh naik kereta api dari Beaufort ke Tenom. Namun, jika anda ingin merasa pengalaman menaiki kereta api sejarah yang mana masih menggunakan arang batu, hanya ada di Tenom anda harus menempah tiket dari Tenom. Dari stesen kereta api Tenom anda akan berhenti di Pangi.Masa perjalanan adalah 30 minit. Dari pangi anda akan bertukar stesen dan anda perlu membeli tiket baru untuk ke stesen seterusnya iaitu Rayoh. Jadual pergerakan dari stesen Tenom adalah Tenom-Pangi-Rayoh-Halogilat. Sila rujuk kereta api Sabah jadual pergerakan kereta api. (Perlu diingat, jika anda terlepas kereta api, anda perlu menunggu jam berlepas seterusnya dan mungkin lama, oleh itu rancang perjalanan anda sebaiknya untuk mengelak itinerary anda terganggu). Tiket kereta api hanya boleh di beli di kaunter secara tunai sahaja.
Harga tiket kereta api dari Stesen Tenom-Pangi:
Dewasa Ekonomi: RM0.65
Kanak-kanak Ekonomi: RM0.35
![]() |
Dari stesen kereta api Tenom |
Yit Foh Kopi Tenom
Peminat kopi pasti sudah tahu kan kopi yit foh ini. Tenom adalah pusat pengeluar kopi dan Yit Foh merupakan salah satu kopi yang terkenal di Sabah dan sudah wujud sejak tahun 1960. Amat rugi, jika sudah sampai ke Tenom tidak datang ke tempat pengilang kopi ini dan menyaksikan sendiri bagaimana kopi ini di buat.
Alamat | |
Google maps | |
Harga Masuk |
![]() |
Pemandangan dari Yit Foh |
Bukit Rukud
Jika anda ada plan hendak bermalam di Tenom , Bukit Rukud adalah salah satu tempat penginapan yang sangat sesuai dan recommended. Terletak di dalam kampung Kemabong, Tenom. Anda boleh pilih sama ada ingin berkhemah atau tinggal dalam homestay. Dari Bukit Rukud anda dapat melihat pemandangan kampung. Terletak jauh dari perkampungan dan kawasan ini hanya boleh di lalui oleh kereta besar. Oleh itu pastikan anda buat tempahan dahulu sebelum datang!.
Jika anda bercadang ingin menginap di Bukit Rukud anda boleh hubungi:
Encik Buing: 010-941 6173/011-516 3650
Harga satu malam: RM80/Night
Anda boleh cek Facebook Bukit Rukud untuk lebih lanjut
Alamat | |
Google maps | |
![]() |
Pemandangan dari Bukit Rukud waktu pagi |
![]() |
Penginapan Bukit Rukud |
Pusat Kebudayaan Murut Tenom
Merupakan salah satu tarikan di Tenom. Tempat ini terletak 13 km dari pekan Tenom. Anda boleh mengenali budaya murut dengan mengujungi pusat kebudayaan ini. Tujuan utama pusat kebudayaan Murut diwujudkan adalah untuk mempromosikan warisan dan kebudayaan murut. Menurut sumber orangsabah.blogspot, tempat ini merupakan lokasi utama sambutan pesat Kalimaran iaitu pesta tradisional suku kaum murut. Namun, anda juga boleh mengujungi tempat ini pada hari biasa.
HARGA TIKET MASUK: RM5/pax
Alamat | |
Google maps | |
Waktu Operasi |
![]() |
Pusat Kebudayaan Murut Tenom |
Senarai di atas adalah destinasi pilihan untuk anda kunjungi. Anda boleh buat itinerary 2 hari 1 malam ke Tenom dan mengujungi destinasi yang di senaraikan di atas.😉
0 komentar:
Post a Comment
Jika ada pertanyaan kongsikan komen anda dibawah