Berkongsi artikle tentang travel, tips dan motivasi.

Sunday, January 14, 2024

TIPS SEBELUM MENDAKI GUNUNG KINABALU

Henlo! haa dari tajuk dah boleh tahu kan apa saya nak kongsi. Bercakap saja tentang gunung kinabalu pasti akan terbayangkan Sabah. Pasti masih ramai kan yang tak tahu, gunung kinabalu tu terletak dekat mana..hahah. Terletak di Kota Kinabalu ke?.Amboi..mentang mentang nama Kota Kinabalu. Meskipun nama Bandar Kota Kinabalu namun, Gunung Kinabalu terletak di Kundasang Ranau. Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu adalah 110 km dan mengambil masa pemanduan 2 jam setengah. 

Rasa rugi sebagai anak jati Sabah jika tidak mendaki gunung kinabalu sekali seumur hidup. Haippp! Jangan salah ya, tidak semua orang Sabah pernah mendaki gunung kinabalu disebabkan oleh bayaran untuk mendaki mahal. Dan segelintir masyarakat Sabah majority pekerjaan adalah petani. Daripada menghabiskan duit untuk mendaki gunung kinabalu, mereka lebih memilih menggunakan wang untuk perbelanjaan kehidupan seharian. Kalau bayaran naik gunung kinabalu hanya RM1 ATAU RM10 sekali naik, pasti semua orang sabah sudah merasa mendaki gunung kinabalu. Jadi jangan la cakap “ohh orang Sabah..mesti sudah pernah naik gunung Kinabalu kan”..tidak pasal-pasal kena jeling atas bawah.

Melalui pengalaman saya sendiri yang sudah pernah mendaki gunung kinabalu, maka ini saya ingin berkongsi tips sebelum mendaki gunung Kinabalu. Tips selepas bergantung masing-masing la ya..hahaha


Cewahh..inilah gambar waktu naik gunung kinabalu pada tahun 2021. Dah tiga tahun berlalu. Jika sebut sahaja Gunung Kinabalu, rasa penat semasa mendaki masih terasa hingga kini. 

Tips pertama, rancang bila kamu akan mendaki gunung kinabalu. Pastikan gap kamu naik dalam 3-4 bulan supaya kamu ada masa untuk latihan. Latihan bermaksud, latihan kecerdasan. Bila dah ada tarikh mendaki, start la training mendaki bukit-bukit kecil, naik turun tangga, atau jogging setiap hari. Ini adalah bertujuan supaya kamu tahan nafas semasa mendaki nanti. Elakkan mendaki last minute..contoh, ehh tiba-tiba rasa nak mendaki. So kamu book date seminggu lagi nak mendaki. Dengan takde training semua, tiba-tiba dah naik gunung. Takziah la ye..

Jika mahu harga murah, pastikan kamu dah ada group. Satu group paling minimum adalah 5 orang max 10 orang. Sebab kamu akan di guide oleh satu orang malim gunung. Satu group 1 orang malim gunung, jika 10 orang 2 orang malim gunung. Bayaran malim gunung sudah termasuk dalam yuran mendaki. 

Seminggu sebelum mendaki, rehat dengan cukup. Elakkan melakukan apa-apa aktiviti fizikal seminggu sebelum mendaki. Sediakan ubat tahan nafas.In case, korang tak cukup nafas masa mendaki ubat ini sangat membantu supaya korang tak la rasa penat sangat. Ubat ini ada jual di farmasi. Tapi kena makan sebelum start mendaki tau. Sediakan juga ubat spray atau yoko yoko. Sangat berguna jika tiba-tiba kaki korang cramp masa mendaki.

Tips persediaan alatan mendaki pula:
  • Baju hujan (berguna jika tiba-tiba hujan)
  • Back pack kali air (10 kg pun dah cukup)
  • Kasut Gunung ada tapak (adidas kampung not recommended sebab akan melecet kaki)
  • Lampu suluh (beli yang boleh letak atas kepala)
  • 2 pasang Stokin (stokin bola recommended)
  • Jaket 
  • Power bank (sana tak de soket)
  • Coklat (makan semasa dalam perjalanan) untuk tenaga
  • Air mineral 1liter 
Tambahan, korang jangan la bawa banyak-banyak beg masa mendaki. Kalau nak juga bawa dan ada bajet lebih korang boleh sewa potter..(pekerja gunung yang akan bawa beg korang). Tapi agak mahal sikit sebab kena ikut berat. Kalau tak salah 1 kg bersamaan rm 30 lebih kurang begitu. Just bawa baju untuk korang ganti mendaki esoknya. Bawa kolget dan berus gigi pun dah cukup. Bila korang dah sampai atas rasa nak mandi tu tak de plus air sana sejuk yang amat. Sampai nak berus gigi pun ada yang sanggup masak air. 

Pastikan korang fit ye sebelum mendaki. Biasanya, guide dah ada target nak sampai atas jam berapa. Masa makan malam dekat atas adalah jam 4 petang-10 malam. Jika korang sampai dekat laban rata lebih dari jam yang dijadualkan korang kena beli makanan. Harga makanan sana mahal ye. 1 botol air mineral kecil pun dah rm5. Kalau korang lambat turun ke bawah juga akan dikenakan cas tambahan ye. Lebih dari jam yang dijadualkan, korang kena bayar masa tambahan.

Ini adalah tips dari saya berdasarkan pengalaman saya ye. Jika ada tips lain yang boleh korang jadikan rujukan, silakan ikut mana yang korang rasa sesuai. Oh ya, elakkan mendaki hujung tahun dan awal tahun. Sebab hujung tahun dan awal tahun biasanya hujan. Ada kemungkinan jika hujan di gunung, malim gunung tidak benarkan untuk mendaki kerana membahayakan keselamatan. So, burn la duit korang. Apapun rancang pendakiaan korang dengan baik ye. Selamat mendaki…

0 komentar:

Post a Comment

Jika ada pertanyaan kongsikan komen anda dibawah

 
Top