Sudah menjadi trend sekarang dengan “healing”..penat sikit “healing’..kecewa sikit “healing”. Tak pasti perkataan healing itu di cetuskan oleh siapa. Yang pasti setiap kali ingin melarikan diri dari penatnya dunia, ramai antara kita akan healing dengan travel. Ada yang memilih travel ke luar negara, namun tidak sedikit yang memilih untuk healing dalam negara sendiri. Ada pula yang memilih healing dengan menikmati suasana alam. Memang menjadi kepuasan bagi sesetengah masyarakat apabila sudah penat dengan sibuknya kota, maka mereka membawa diri ke kawasan pedalaman untuk merehatkan minda yang sudah terlalu lelah dengan tekanan kerja dan kesibukan bandar. Mendengar suasana alam yang bernyanyi menambah kedamaian dalam diri. Suasana alam yang sejuk memberi kehangatan dan kenikmatan.
Maka tidak hairan la hari ini eco pelancongan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Search sahaja di carian google pasti banyak yang akan mencadangkan tempat healing terbaik.
Sebagai pencinta alam, saya ingin berkongsi kepada pencinta healing tempat “healing” yang best. Jika kamu lawati pasti tidak akan menyesal. Saya pasti moment itu akan menjadi cerita yang tidak akan terlupakan. Dan akan menjadi cerita kepada cucu dan generasi seterusnya. Paling best adalah sangat mampu milik. Tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar.
· POGUN JO:
Pogun Jo terletak di bukit kokol Menggatal, Sabah. Masa perjalanan lebih kurang 30 minit. Masuk ke dalam kawasan perkampungan. Jalan menuju ke kawasan ini banyak berbukit. Namun, jangan khawatir, kenderaan kecil boleh masuk. Apa yang menarik tempat ini?
Ø Pemandangan sungai [boleh mandi]
Ø Boleh berkhemah
Ø Boleh beriadah bersama keluarga
- Harga yang dikenakan adalah sangat berpatutan:
TRIP | Price [rm]per/person |
Daytrip | Dewasa~rm5 Kanak-kanak [free] |
Berkhemah | Satu tapak rm5 |
· Nohutu, Kota Belud
Terletak di daerah Kota Belud. Masa perjalanan 1 jam. Namun, bergantung dengan traffic. Menarik tempat ini, kamu boleh menikmati pemandangan gunung kinabalu, mandi sungai dan berkhemah. Harga yang di kenakan juga berpatutan.
MASUK; DAY TRIP
Ø RM 5/PAX [ADULT] ~MALAYSIAN
Ø RM10/PAX [ADULT]~NON MALAYSIAN
Ø RM 3/PAX [KIDS 7-12 MALAYSIAN]
Ø RM6/PAX [KIDS 7-12 NON MALAYSIAN]
Ø FREE FOR UNDER 6 YEARS OLD\
MASUK: BERKHEMAH
Ø RM10/NIGHT [ADULT MALAYSIAN]
Ø RM20/NIGHT [ADULY NT MALAYSIAN]
Ø RM6/NIGHT [KIDS 7-12 MALAYSIAN]
Ø RM12/NIGHT [KIDS 7-12 NON MALAYSIAN
· Daradaat View, Kota Belud
Masa perjalanan dari kota kinabalu lebih kurang satu jam, namun bergantung dengan traffic. Harga masuk day trip adalah bergantung dengan sewaan kemudahan disana. Tempat ini menjadi recommended kepada pencinta healing. Kamu akan di sajikan dengan pemandangan sungai, gunung kinabalu dan juga alam flora. Kawasannya sejuk dan nyaman. Boleh beriadah dengan keluarga.
· Minakit, Kota Belud
Tempat ini juga sangat recommended. Terletak dalam daerah kota belud. Masa perjalanan dari kota kinabalu satu jam namun juga bergantung dengan traffic. Sebelum merancang untuk datang ke tempat ini, pastikan kamu book terlebih dahulu, kerana jalan menuju ke kawasan ini hanya boleh di lalui oleh kenderaan besar sahaja [4x4]. JANGAN risau pemilik tempat ini ada menyediakan perkhidmatan ambil dan hantar. Kadar bayaran satu trip rm30 pergi dan balik. Bayaran masuk rm 15/night, kanak-kanak 7-12 tahun rm 5/night.
· Koulusan River, Tamparuli
Terletak jauh ke dalam kampung. Masa perjalanan dari kota kinabalu lebih kurang satu jam. Sepanjang perjalanan kamu akan melalui kawasan selekoh dan berbukit. Tidak perlu khawatir kerana jalan adalah berturap. Jalan menuju ke tempat ini juga boleh dilalui oleh kenderaan kecil. Apa yang best tempat ini adalah kamu akan menikmati pemandangan sungai [boleh mandi] dan alam flora. Bayaran masuk rm 5/pax untuk day trip [ADULT]
Okey cukup 5 perkongsian tempat menarik untuk healing. Sebelum memulakan perjalanan rancang perjalanan anda dengan baik. Perlu diingatkan, waktu cuti sekolah jalan akan sesak. Oleh itu rancang perjalanan anda sebaiknya. Selamat berhealing…buyeee
0 komentar:
Post a Comment
Jika ada pertanyaan kongsikan komen anda dibawah