Berkongsi artikle tentang travel, tips dan motivasi.

Sunday, January 21, 2024

TEMPAT HEALING TERBAIK SEKITAR KOTA KINABALU 2024

 


Muzium Sabah

Healing dan travel sudah menjadi trend masa kini. Ramai kan yang masih tidak tahu sekitar bandar Kota Kinabalu pun boleh healing. Korang try la sekali sekala buat “play as a tourist”..seronok tau. Bajet pun murah.

Berikut saya senaraikan tempat best untuk korang jalan-jalan bersama kawan-kawan atau family atau dengan boyfriend..cewahh.

1.     ART GALLERY SABAH

 

Kalau korang suka dengan seni dan ketenangan tempat ini sesuai untuk korang lawati. Terletak di jalan Shantung Kota Kinabalu. Waktu operasi adalah isnin-Ahad jam 8 pagi-4 petang sahaja. Bayaran masuk untuk dewasa dan warganegara Malaysia RM5. 

 

2.     MUZIUM NEGERI SABAH

 

Kalau korang minat dengan sejarah tempat ini sesuai untuk korang. Terletak di jalan muzium Kota Kinabalu. Selain pameran pra sejarah, muzium tamadun islam pun ada. Waktu operasi adalah setiap hari kecuali public holiday [rasanya tutup], dari jam 8 pagi-4 petang sahaja. Bayaran masuk untuk dewasa warganegara Malaysia ialah RM5 dan percuma untuk kanak-kanak.

3.     PETRO SAINS

 


Haa tempat ini best, serius best sangat. Sambil melihat pameran korang juga boleh belajar sesuatu. Petro sains terletak dalam Perpustakaan Negeri Sabah lama. Dekat dengan Art Gallery, maju depan sikit dah sampai. Waktu operasi sama dengan waktu operasi perpustakaan negeri sabah iaitu Isnin-Ahad dari jam 8 pagi-4 petang sahaja.  Bayaran masuk adalah percuma. Cuma korang tidak boleh membawa makanan atau minuman ya. Paling best, korang boleh cuba semua permainan yang ada dekat sana,sambil-sambil tu boleh la belajar tentang sains.

 




4.     PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

 

Perpustakaan ini bukan perpustakaan lama ye, ini adalah perpustakaan ke-2 Negeri Sabah yang terletak di Tanjung Aru. Dari luar bangunan ini cantik sangat, masuk dalam wahh besar yang amat. Kalau korang nak healing boleh la melawat perpustakaan ke-2 ini. Waktu operasi Isnin-Ahad dari jam 8 pagi-6 petang sahaja. Masuk adalah percuma.

 

5.     MASJID LIKAS [MAJID TERAPUNG]

 

Terletak di jalan likas menuju ke UMS dan Kota Kinabalu. Dekat dengan pantai tanjung lipat. Ramai pelancong luar dan dalam negara datang ke sini sebab tertarik dengan keunikan masjid ini. Masjid ini dibina atas air seolah-olah terapung. Orang ramai boleh je masuk tapi kena berpakaian sopan, misalnya menutup kepala bagi perempuan dan pakaian tidak menjolok mata, lelaki pula tidak boleh berseluar pendek. Masuk adalah percuma, nama pun masjid kan..hahaha.

 

6.     PANTAI TANJUNG ARU

 

Trend sekarang letak kerusi healing tepi pantai lepastu rekod vide. Upload di tik tok letak la muzik background galau..haaa korang mesti pernah buat begitu kan. Haa ini tempat sesuai yang korang wajib! Lawati. Sambil tengok sunset boleh la rekod video. Pantai tanjung aru tersenarai antara pantai yang ada sunset paling cantik. Terdapat juga pelbagai jenis makanan yang di jual sini. Sambil healing sambil makan jagung bakar kan best. Harga makanan pun berpatutan. Tiada bayaran masuk yang dikenakan. 


Itu lah senarai tempat healing terbaik yang wajib korang lawati!,sebelum ada niat nak travel negara luar, korang cuba explore tempat sendiri dulu.

0 komentar:

Post a Comment

Jika ada pertanyaan kongsikan komen anda dibawah

 
Top