Bercakap pasal Sabah perkara pertama yang terlintas dalam fikiran mestilah Gunung Kinabalu sebagai mercu tanda Bumi Dibawah Bayu. Untuk pengetahuan umum, Sabah adalah Negeri yang terletak dalam kepulauan Borneo. Untuk orang semenanjung, hendak sampai ke Sabah perlu merentasi lautan china selatan. Jadi pergi Sabah mestilah naik kapal terbang kan. Kalau nak berenang atau mendayung sampan hahh dipersilakan.
Tidak sedikit pula beranggapan Sabah masih mundur dalam pembangunan, walhal Sabah dan Sarawak adalah pengeluar minyak. Ada pula yang masih berfikiran primitif di katakan Sabah masih menggunakan sampan sebagai pengangkutan utama, penduduk Sabah tinggal atas pokok dan sebagainya. Selain itu, masih ramai rakyat “semenanjung” tidak tahu Sabah terletak di mana? Indonesia ke? Filipina ke? Mata wang pakai euro ke atau ringgit Malaysia. Terlalu banyak persoalan. “TEPUK DAHI “ kalau dengar soalan ini. Rupanya masyarakat semenanjung Malaysia yang menganggap telah maju dalam arus pemodenan masih gagal dalam Sejarah dan Geografi.
Sabah adalah negeri yang di duduki oleh pelbagai etnik dan agama. Keunikan dan keindahan pulau di Sabah menarik pelancong dalam dan luar negara datang ke Sabah. Namun, baru-baru ini telah tular satu video yang mengatakan di Sabah amat sukar mencari makanan halal. “TEPUK DAHI”..itu Sabah belah mana?. Tidak dinafikan, penduduk Sabah majority beragama kristian, namun tidak sedikit pula yang beragama islam. Jika pergi ke pedalaman pantai barat Sabah iaitu Daerah Ranau majoriti penduduknya menganut agama islam. Oleh itu, kenyataan yang mengatakan di Sabah sukar mencari makanan halal adalah tidak benar alias PALSU. Itu bermaksud individu tersebut belum menjelajah bumi Sabah.
Kepada rakyat semenanjung yang ada plan datang melawat Sabah dan tidak tahu mencari makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan, jom akak share dan recommend tempat makan sedap, murah dan paling penting halal toyyiban.
💻SENARAI KANDUNGAN:
- IKAN BAKAR
- KAMPUNG NELAYAN FLOATING SEAFOOD MARKET
- TUK TUK TOMYAM
- ICE BABA
- SECRET IKAN BAULU TANPA TULANG
- SEAFOOD NIGHT MARKET KOTA KINABALU
1. IKAN BAKAR
Sebut sahaja ikan bakar mesti terlintas dalam fikiran ikan yang di bakar atas arang kan. Namun, salah..ikan bakar ini adalah nama Restaurant yang terletak di bandar Kota Kinabalu. Meskipun nama restaurant ikan bakar bukan bermaksud menu makanan yang di sajikan hanyalah ikan bakar. Terdapat banyak pilihan seafood fresh, anda boleh pilih masakan mengikut cita rasa anda. Tempat makan ini mengunakan konsep bayar dulu baru makan. Anggaran bajet adalah bermula dari 50-100 untuk 2 orang makan. Boleh la makan bersama keluarga. Selain itu, terdapat stall kecil yang menjual beraneka makanan yang boleh anda beli dan makan di tempat yang sama. Paling penting HALAL.
Alamat | Ikan Bakar Sabah, 10, Lorong Bunga Telur, Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah |
Google maps | Ikan bakar (TEKAN UNTUK ARAH) |
Waktu operasi | Setiap hari kecuali hari isnin Jam 4 pm-11 pm |
2. KAMPUNG NELAYAN FLOATING SEAFOOD MARKET
![]() |
Sumber: tripadvisor.com |
Sangat sesuai makan bersama kawan-kawan atau keluarga. Anggaran bajet adalah RM48/pax. Konsep yang di ketengahkan adalah makan sampai puas. Jika anda makan bersama kawan-kawan, anda boleh patak bersama. Jadi sangat jimat dan berbaloi. Tempat makan ini terletak di Bukit Padang.
Alamat | Kampung nelayan floating seafood market restaurant, jalan Bukit Padang Luyang, Taman Tun Fuad Stephen, 88300 Kota Kinabalu |
Google maps | Tun Fuan Park (TEKAN UNTUK ARAH) |
Waktu operasi | Setiap hari Jam 11 am-2 pm,6 PM-11 PM |
3. TUK TUK TOMYAM
Jika anda peminat pedas, tempat makan ini sesuai dengan cita rasa anda. Tok tok tomyam terletak di Habour City Kota Kinabalu. Tempat makan ini menyajikan makanan bercita rasa Thailand seperti somtam (SALAD Thailand), tomyam, dan sebagainya. Anda boleh pilih tahap kepedasan anda. Anggaran bajet untuk dua orang makan adalah RM50. Tempat letak kereta juga selamat. Tempat makan ini senang di temukan kerana terletak betul-betul tepi jalan.
Alamat | Tuk tuk tomyam Harbour City Jalan Pantai Baru, Jalan Sembulan,88100 Kota Kinabalau, Sabah |
Google maps | Tuk tuk Tomyam Kota Kinabalu(TEKAN UNTUK ARAH) |
Waktu operasi | Setiap hari Jam 11.30 am-10 pm |
4. ICE BABA
Sebut sahaja binsu pasti melilih air liur. Apa tidaknya, terbayangkan salju empuk yang di limpahkan dengan sirap, topping buah-buahan dan cair apabila di masukan ke dalam mulut. Kelazatannya boleh diingat sampai 7 keturunan. Hahh terlalu sedap!. Sangat recommended. Tempat makan ini terletak di terminal inanam. Selain binsu, tempat makan ini juga menyajikan pelbagai menu seperti nasi lemak, nasi kerabu dan sebagainya dengan harga yang berpatutan. Tempat makan ini berkonsepkan café, so bolehlah dating dengan boyfriend atau girlfriend atau bersama suami isteri. Anggaran bajet untuk 2 orang makan adalah dalam RM28-RM50.
Alamat | Ice Baba 1, ground floor,no.3,lot 10, Pristana Industrial Park,Lorong Undan,KM10, Jalan Tuaran, Inanam,88450 Kota Kinabalu, Sabah |
Google maps | Ice Baba(TEKAN UNTUK ARAH) |
Waktu operasi | Setiap hari Jam 11 am-11 pm |
5. SECRET IKAN BOULU
Terletak di Taipan Inanam.Menu utama adalah ikan boulu seperti ikan boulu penyet, nasi goreng ikan boulu dan sebagainya. Tempat makan ini akak sangat recommended kerana makanan semua sedap. Selain ikan boulu terdapat juga pelbagai menu yang anda boleh pilih. Paling penting adalah halal dan harga pun berpatutan. Anggaran makan untuk 2 orang adalah rm25 ringgit.
Alamat | Secret ikan baulu tanpa tulang 1,Lor KK Taipan, Inanam,88450 Kota Kinabalu, Sabah |
Google maps | Secret Ikan Baulu Tanpa Tulang (TEKAN UNTUK ARAH) |
Waktu operasi | Setiap hari Jam 2 pm-11 pm |
6. SEAFOOD PASAR FILIPINA
Terletak di bandar Kota Kinabalu bersebelahan dengan KK Plaza. Waktu operasi adalah bermula pada jam 6 petang. Terdapat banyak pilihan seafood fresh dan anda boleh request dimasak mengikut cita rasa anda. Anggaran bajet makan adalah dalam RM50 dan lebih untuk 2 orang makan. Harga adalah mengikut berat seafood yang anda pilih. Satu tips untuk kawan-kawan semenanjung jika ada plan makan sini, pastikan tanya harga terlebih dahulu. Kerana sudah banyak kes kawan-kawan semenanjung yang di scam.Peniaga meletakkan harga tinggi. Pastikan anda survey dan bandingkan harga setiap tempat makan di sana. Rata-rata semua tempat makan di Pasar Pelipin menyediakan menu yang sama hanya sahaja harga yang di kenakan berbeza.
Alamat | Handicraft Market, Jalan Tun Fuad Stephen, Pusat Bandarr Kota Kinabalu, 8800 Kota Kinabalu |
Google maps | Night Market (TEKAN UNTUK ARAH) |
Waktu operasi | Setiap hari Jam 8 am-11 pm |
Selain tempat makan yang akak kongsikan di atas, terdapat banyak lagi tempat makan halal di Sabah. Yang akak kongsikan itu hanyalah recommended dari akak. Terpulang anda juga pilih tempat makan mengikut cita rasa anda. Akak ini, bab makanan sangat cerewet. Walaupun akak sendiri orang Sabah, banyak tempat makan yang tidak ngam dengan lidah akak. So far, tempat makan yang akak recommended adalah tempat makan yang sudah pernah akak pergi dan cuba berkali-kali.
Seperti yang akak katakan tadi, semua tergantung dengan cita rasa masing-masing. Oh ya, untuk pengetahuan kawan-kawan dari semenanjung, jika anda melihat tempat makan yang di usahakan oleh bangsa Cina namun terdapat pelanggan muslim makan di tempat tersebut itu bukanlah pemandangan luar biasa, kerana kebanyakan restaurant cina di Sabah menggunakan konsep “serve no pork”. Namun, jika anda ragu untuk makan ada banyak pilihan tempat makan yang anda boleh pilih yang di usahakan oleh muslim, seperti kedai mamak “JAMAL SALIM, MAIMUNAH dan sebagainya. Selain itu, elakkan membeli daging bakar yang di jual di tepi jalan menuju ke Kundasang Ranau kerana daging salai yang di jual adalah DAGING BABI HUTAN BAKAR. Oleh kerana tidak ada sign board sudah ramai kawan muslim semenanjung yang membeli dan makan.
Okey itu sahaja dari akak. Selamat menikmati percutian anda di SABAH. ARAMAITII!!
0 komentar:
Post a Comment
Jika ada pertanyaan kongsikan komen anda dibawah