![]() |
Sumber: gambar diperoleh daripada eCentral |
Berita gembira untuk semua penerima bantuan STR, baru-baru ini kerajaan ada membentangkan belanjawaan 2024. Dalam belanjawan tersebut sebanyak 10 bilion ringgit diperuntukan untuk bantuan Sumbangan Rahmah 2024 untuk semua golongan yang terdiri daripada golongan isi rumah, warga emas dan sumbangan tunai rahmah bujang. Umum mengetahui, kos sara hidup semakin meningkat. Oleh yang demikian, kerajaan mewujudkan inisiatif untuk membantu mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang di namakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). STR adalah sebuah inisiatif di bawah konsep payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHNDM).
Pada tahun-tahu sebelum, pembayaran tunai STR dilaksanakan 4 fasa. Manakala bagi kategori bujang bantuan dibayar 3 kali pada tahun lepas.
Soalan yang kerap kali ditanya adalah adakah bujang dapat?bilakah tarikh pembayaran? Berapa jumlah yang diperoleh? Dan bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya. Oleh yang demikian, sila baca maklumat berikut dan fahami dengan teliti.
💻TABLE OF CONTENT
- STR BUJANG
- TARIKH PEMBAYARAN STR 2024
- JUMLAH BAYARAN FASA PERTAMA
- CARA PEMBAYARAN DILAKSANAKAN
- KADAR BANTUAN PENUH STR 2024
- TARIKH BAYARAN STR
- CARA MEMOHON STR 2024
1.0 STR BUJANG: BERAPA DAPAT DAN BILA?
Individu yang berstatus bujang adalah
individu yang tidak mempunyai tanggungan isi rumah seperti isteri dan
anak-anak. Syarat penerima str bagi individu bujang adalah mereka berumur 21
tahun dan ke atas, serta berpendapatan rendah iaitu dalam kategori b40.
Individu bujang di kategorikan kepada dua iaitu:
1. Bujang berumur (21
tahun-59) berpendapatan RM2500 kebawah
2. Bujang OKU (19-59
tahun)
2.0 TARIKH PEMBAYARAN STR 2024
Tarikh pembayaran STR fasa pertama di awalkan berbanding
perancangan awal pada bulan Februari 2024. Pembayaran fasa I dilaksanakan
bermula pada 29 januari 2024 (isnin).
3.0 JUMLAH
BAYARAN STR FASA 1
STR 2024 pada tahun 2024 akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima
kumpulan B40 dan M40 dan jumlah memohon kini meningkat (rujukan LHDN).
Kadar bayaran yang akan di terima untuk fasa 1 mengikut kategori adalah
seperti berikut:
- Kategori isi rumah
berpendapatan <rm2500 :
- 5 anak dan lebih: RM500
- 3-4 anak: RM500
- 1-2 anak: RM500
- Tiada anak: RM500
- Kategori isi rumah berpendapatan
RM2500-RM5000:
- 5 anak atau lebih : RM300
- 3-4 anak: RM 250
- 1-2 anak: RM 150
- Tiada anak: RM100
- Bujang Warga emas dan bujang
OKU : RM150
- Bujang: RM 100
4.0 CARA
PEMBAYARAN DILAKSANAKAN:
Pembayaran akan disalurkan secara berperingkat seperti berikut:
- Mempunyai akaun bank:
Dikreditkan terus ke akaun bank (29 januari 2024-2 februari 2024)
- Tidak mempunyai akaun bank :
Pembayaran secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
pada 29 JANUARI 2024-sila bawa kad pengenalan untuk tujuan
pengesahan. Diingatkan, hanya wakil yang berdaftar dibenarkan
untuk mewakili penerima bagi tujuan tebus tunai.
5.0 KADAR BANTUAN PENUH STR 2024
Menurut belanjawan 2024 yang dikeluarkan oleh kementerian kewangan,
berikut adalah jumlah bantuan STR 2024
- Pendapatan isi rumah: kurang
RM2500 dan kebawah sebulan:
- 5 anak atau lebih : RM2,500
- 3-4 anak : RM2,000
- 1-2 anak : RM1,500
- Tiada anak: RM1,000
- Pendapatan isi rumah :RM
2,501-RM 5000
- 5 anak atau lebih: RM1,250
- 3-4 anak : RM1000
- 1-2 anak: RM750
- Tiada anak : RM500
- Warga emas bujang
- RM600
- Bujang berpendapatan
kurang daripada RM2500
- RM350
6.0 TARIKH
BAYARAN STR 2024 FASA 1-4
Bayaran sumbangan tunai rahmah bagi 4 fasa adalah seperti berikut;
- Fasa 1: 29 Januari 2024
- Fasa 2 : April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4: November 2024
7.0 CARA
MEMOHON DAN SEMAKAN:
Semakan STR boleh dibuat melalui portal STR (tekan sini untuk membuat semakan).
Pastikan maklumat diisi dengan betul. Rujuk gambar berikut:
![]() |
SUMBER: Portal STR 2024 |
![]() |
Sumber: Portal STR 2024 |
0 komentar:
Post a Comment
Jika ada pertanyaan kongsikan komen anda dibawah