Berkongsi artikle tentang travel, tips dan motivasi.

Sunday, June 23, 2024

CARA DAFTAR SHOPEE JUAL DIGITAL PRODUK

 

Ekonomi sekarang sangat mencabar, semua barang naik harga. Era sekarang, bawa RM50 pergi kedai pun rasa macam berbelanja dengan duit RM0.50 kan. Barang tak nampak, tapi duit dah habis. Garuk kepala macam mana nak survive hari-hari berikut sementara tunggu gaji hujung bulan. Min, percaya ramai dalam kalangan kita walaupun mempunyai kerja hakiki namun,masih mencari pendapatan sampingan. Ada yang buat kerja partime, buat grab dan tidak lari buat jualan atas talian seperti menggunakan platform shopee. Namun, bagaimana pula jika tidak mempunyai stok?. Era sekarang segala urusan di lakukan secara dalam talian, jadi tidak perlu risau jika anda tidak mempunyai stok barang. Anda boleh cari alternatif lain seperti menjual digital produk. Tidak dinafikan ramai yang memanfaatkan teknologi sekarang, ada yang menyediakan perkhidmatan online, ada yang jual kad kahwin digital..so tidak ada perkataan susah untuk zaman sekarang..segalanya mudah hanya saja jika korang rajin.

Namun, baru-baru ini shopee telah melaksanakan polisi baharu jika anda ingin mendaftar sebagai penjual di platform shope. Tujuan utama shope melaksanakan polisi baharu mereka adalah untuk mengelakan dari orang ramai menjadi mangsa scammer. Benar, polisi baharu shope sedikit memberi kesulitan kepada peniaga kecil terutama bagi mereka yang 100% mencari pendapatan melalui shopee. Kerana polisi baharu shopee jika hendak mendaftar anda perlu mempunyai sijil SSM iaitu lesen perniagaan. Oleh yang demikian,disini saya akan berkongsi dengan anda step demi step untuk mendaftar di shopee.

SENARAI KANDUNGAN:💻

Cara menjual produk digital di shopee

Perkara pertama yang anda kena buat adalah log masuk ke website shopee center. Log masuk ke dalam akaun shope center anda.

1. Tekan bahagian shipping setting (rujuk gambar di bawah)



Ia akan bawa anda kehalaman shipping;
Tidak perlu ubah apa-apa, just tekan “here” rujuk dalam gambar di bawah



Kemudian, anda akan dibawa ke halaman seterusnya,iaitu halaman seller’s own fleet (west & east Malaysia) rujuk gambar di bawah.
Bahagian ini juga anda tidak perlu isi apa-apa. Anda perlu baca terlebih dahulu segala terma yang dinyatakan dalam bahagian ini untuk anda lebih faham. Kemudian, tekan “here” (rujuk anak panah dalam gambar).



Seterusnya, anda akan dibawa ke halaman baru lagi.

Bahagian ini anda perlu isi maklumat seperti yang di minta. Jika anda menjual digital produk pilih bahagian virtual’s goods (rujuk gambar diatas).
Bahagian ini anda perlu upload sijil SSM anda. Jika anda belum memiliki lesen SSM, anda boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui website SSM.

Namun, berbeza dengan Sabah dan Sarawak, lesen  SSM hanya diperuntukan untuk semenanjung malaysia sahaja. Jadi bagaimana cara Sabah dan Sarawak daftar shope?. Untuk warga Sabah dan Sarawak, anda boleh memohon lesen PBT atau lesen LHDN. 

Apa itu lesen PBT

PBT sendiri membawa maksud PIHAK BERKUASA TEMPATAN. Bagi Sabah lesen perniagaan atau “Trading License” dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dibawah ordinan lesen perniagaan 1948 iaitu aktiviti lesen adalah dibawah kawalan pihak berkuasa tempatan untuk setiap daerah. Warga Sabah dan Sarawak boleh memohon lesen perniagaan melalui daerah masing-masing. Untuk Sabah yang mahu mendaftar lesen perniagaan alamat kota kinabalu anda boleh mendaftar melalui DBKK. 

Cara Daftar Lesen PBT Sabah

Seperti yang dinyatakan diatas, segala urusan hari ini anda boleh melakukan hanya melalui atas talian. Sabah sendiri sudah menyiapkan platform untuk anda mendaftar online. Jadi tidak ada istilah  sibuk atau tiada masa.

Langkah 1. Anda perlu masuk ke laman website DIGITAL SABAH (rujuk gambar dibawah)


Langkah 2. Tekan log masuk eLesen (rujuk gambar dibawah)



Jika anda belum mempunyai akaun, jangan risau..
Tekan bahagian “daftar sekarang” dan anda perlu mengisi maklumat yang diminta


Jika anda sudah mendaftar akaun, log masuk kedalam akaun anda.
Tekan eLesen (rujuk dalam gambar dibawah). Anda akan dibawah ke profile anda.


Langkah seterusnya, tekan bahagian daftar lesen baru dan isi semua maklumat yang diminta, sebelum hantar anda perlu pastikan semua maklumat adalah betul. TEKAN HANTAR dan tunggu proses berikutnya.





Anda boleh cek status permohonan lesen anda dalam tempoh 3 hari berkerja :


Draf- bermaksud anda belum hantar permohonan
Pertanyaan- sila jawab pertanyaan yang diajukan oleh pegawai lesen,setelah selesai anda perlu hantar semula
Dalam proses- bermaksud permohonan anda sedang dinilai (tunggu dalam tempoh 3 hari berkerja)
Lulus-bermaksud permohonan anda telah lulus dan anda boleh mengambil dikaunter ikut daerah yang dipohon dan buat bayaran dikaunter.

Jika anda sibuk dan tiada masa untuk tuntut lesen anda dikaunter, anda boleh mebuat bayaran melalui aplikasi Sabah Pay. Tekan Sini untuk lebih lanjut. Pilih bahagian cara pembayaran melalui aplikasi sabahpay. 

Jika sudah lulus, anda boleh mula berniaga melalui shope. Selamat berjaya!.




1 komentar:

Jika ada pertanyaan kongsikan komen anda dibawah

 
Top